Diet 1 [Berat kurang dari 90 kg]
Sarapan Pagi : Ambil separuh dari pemakanan biasa
Tengahari (1pm- 2pm) : Tidak mengambil makanan tengahari, Gantikan dengan JM5
Petang(6pm-8pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa
Diet 2 [Berat melebihi 90 kg]
Sarapan Pagi : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Tengahari (1pm- 2pm) : Tidak mengambil makanan tengahari, Gantikan dengan JM5
Petang(6pm-8pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa
Malam : Ambil Jus Diet Mate 5 sebelum tidur
Diet 3 [Kempiskan perut buncit]
Sarapan Pagi : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Tengahari (1pm- 2pm) : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Petang(6pm-8pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Malam : Ambil Jus Diet Mate 5 sebelum tidur
Diet 4 [Diet dibulan puasa]
Macammana lah agaknya untuk kita berpuasa dan mengurangkan berat badan??…kiranya nak berdiet di bulan puasa la… Ok kita mulakan dengan jadual pemakanan di bulan puasa:
Sahur:
- Ambik sahur dengan seringan yang boleh.
- 30 minit kemudian baru anda ambik jus mate
- Anda boleh mengambil jusmate sahaja. (ini lagi bagus…..)
Berbuka puasa
Cara ini hanya cadangan sahaja. Jika anda ada cara anda sendiri boleh la anda gunakan.
- Mulakan dengan buah kurma
- Ambil segelas air kosong sejuk (sebab bila kita ambil air sejuk boleh menyebabkan perut kita mengecil dan itu membolehkan anda makan dalam kuantiti yang sedikit)
- Ambil segelas lagi air manis (sejuk)
- Makan buah apa sahaja buah
- Barulah diambil makanan yang anda hendak makan untuk berbuka.
Setelah terawih
- Boleh diambil jus mate jika tidak tahan lapar
- Tidak perlu mengambil sebarang makanan mahupun jusmate tetapi hanya air kosong jika lapar…..
Insyallah, jika anda mengamalkan cara di atas terutama sekali bila berbuka puasa, anda akan mampu mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang berlemak di dalam bulan puasa…sekaligus menipu perut anda yang anda sudah kenyang.
TIPS – TIPS TAMBAHAN UNTUK MENGAMBIL JUS MATE 5 DENGAN LEBIH BERKESAN
1. JAGA MAKANAN ANDA …….
Ini amat penting kerana sudah ditetapkan syaratnya, mengambil JM5 bermakna anda perlu menjaga pemakanan anda. Sebolehnya anda perlu mengurangkan makanan yang berlemak dan berminyak serta berkalori tinggi untuk mempercepatkan lagi penurunan berat badan anda. Tapi itu tak bermakna anda perlu berhenti makan, anda masih boleh makan, banyak lagi pilihan makanan yang menyihatkan supaya anda tidak bosan dengan makanan yang sama. Di bawah ini saya sertakan jadual pemakanan khas untuk anda.
Ini adalah cadangan iaitu 1000kcal. Pelan pemakanan ini untuk pengambilan 1 sachet sehari. sahaja, anda mungkin boleh mengubah mengikut keperluan dan kehendak tubuh anda. Pastikan pengambilan anda sehari tidak melebihi.
Waktu: Sarapan (8-9 pagi)
Makanan: Sandwich sardine, sambal ikan bilis atau apa sahaja yang anda gemari tetapi pastikan anda mengambil bersama dengan sayur-sayuran untuk memastikan anda cepat kenyang. Bihun goreng, bihun sup, nasi lemak kecil atau apa sahaja makanan yang anda rasa sesuai. Bubur nasi pun sodap… Minuman, anda boleh mengambil milo, susu, atau lagi bagus air kosong. Teh pun boleh. Tapi pastikan anda tidak menggunakan susu pekat kerana mengandungi banyak kalori.
Waktu: Sarapan (10-11 pagi)
Makanan: Pada waktu ini anda boleh mengambil buah-buahan untuk mengelakkan anda berasa lapar. Atau sekeping biskut bersama dengan air kosong. Ingat waktu ini hanya untuk mengelakkan anda berasa lapar.
Waktu: Tengahari(12 -2.30)
Makanan: Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda membancuh Jus Mate 5, dan minum…. Hehehehe. Pastikan perut anda kosong dengan makanan selama 2 jam sebelum mengambil JM5.
Waktu: 3.00-5.30 petang
Makanan: Setelah 3 jam mengambil JM 5, anda boleh makan buah-buahan atau mengambil biskut yang tidak berkalori tinggi.
Waktu: Malam(6.30-8.00)
Makanan: Pada waktu ini boleh la anda mengambil sup sayur atau tomyam, bersama dengan air kosong. Pastikan sup sayur yang anda ambil mengandungi banyak sayur, jangan pula lauk yang lebih. Perlu diingatkan lauk berkalori tinggi… kerana pada waktu ini anda hanya dibenarkan mengambil 150 kalori sahaja.
Waktu: 9.00-10.00 malam
Makanan: Pada waktu ini sebolehnya anda elakkan memakan makanan yang berkalori tinggi. Jika terlalu lapar anda boleh mengambil air kosong sahaja, jika tidak tahan lapar, ambil sekeping biskut atau sepotong epal. Sebolehnya anda tahan, untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Ini jadual pemakanan bagi yang mengambil 2 sachet sehari. Jumlah kalori yang dihadkan adalah 800 kcal.
Waktu: Sarapan (8-9 pagi)
Makanan: Bermulanya hari ini, maka anda perlu mulakan dengan JM5.
Waktu: 11 – 12 tengahari
Makanan: Sebelum anda mula mengambil makanan tenngahari anda, apa kata anda mengambil sedikit buah-buahan dan air kosong untuk mengelakkan rasa lapar.
Waktu: Makan Tengahari 12.30-2.00
Makanan: Anda boleh mengambil sesenduk nasi, seikit sayur, dan lauk. Atau anda boleh mengambil sandwich.
Waktu: Petang: 5.-00 – 6.00
Makanan: Ambil sedikit buah atau biskut dan air kosong untuk mengelakkan rasa lapar.
Waktu: Malam 8.00 – 9.00
Makanan: Sekarang adalah masa sesuai untuk mengambil JM5. Seperti biasa kosong kan perut 2 jam sebelum ambil JM5 , dan pastikan 3 jam selepas mengambil JM5 juga kosongkan perut. Hanya air kosong sahaja dibenarkan.
***Siapa kata anda mengikut program JM5, anda tidak boleh makan? Anda masih boleh makan tetapi anda kena bijak memilih makanan yang sesuai dan sihat.
2. MINUM BANYAK AIR
Untuk pastikan keberkesanan JM5 ini anda perlu minum banyak air kosong, ekstra 500ml-1000ml dari biasa. Pastikan anda mengosongkan perut 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil JM5.
3. PANTANG – LARANG
Sebenarnya bila anda mengambil JM5 ini, anda tidak perlu mengamalkan pantang – larang yang ketat, Cuma pastikan anda tidak mengambil sebarang suplimen, multivitamin, spirulina, jamu, ubat berherba, kopi campuran herba seperti tongkat ali, kacip Fatimah, teh halia, teh kurus atau sama waktu dengannya. Anda cuma boleh mengambil ubat doctor, jika perlu.
4. IKUT PERATURAN DAN DISIPLINKAN DIRI
Ini sangat penting kerana apa-apa yang kita lakukan untuk mendapatkan kejayaan kita mestilah mengikut peraturan dan disiplinkan diri sendiri. Disiplin kunci kejayaan. Jadi anda kena sabar…..nak cantik kan? Jangan kita biarkan makanan menguasai kita….. biar kita yang kuasai makanan ….
5. SEMANGAT DAN AZAM YANG TINGGI
Ini kalau tak der memang segala usaha akan hancur di tengah jalan…biar apa yang kita usahakan mesti kita sertakan dengan semangat dan azam yang tinggi. Anda mesti letak sekurang-kurangnya seorang idola, untuk membakar semangat. Yang penting kita mesti set mind kita, orang boleh kenapa kita tak boleh…kan…kan…kan…kan…
Ok, itu ada beberapa peraturan yang perlu anda ikut unutk membolehkan anda mendapatkan berat badan ideal…
Disiplin tinggi dan pantang larang ketat kalau mcm ini tanpa jusmate 5 pon boleh kering min..
BalasPadam